Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Jun 1, 2013

SESUAI UNTUK DIA, SESUAI KE UNTUK KITE ??

ASSALAMUALAIKUM ;)

haa kali aku nak citer pasal "benda" yang perempuan sangat suka termasuk lah aku nie. sekarang nie kat facebook dah banyak jual produk kecantikan. tak kisah lah pencuci muka, krim, vitamin C, supplement untuk cantik, ubat kurus,  collagen dan segalanya yang berkaitan. sekarang nie pelbagai jenama yang ade. nak-nak produk yang memutihkan kulit, hilangkan jerawat, kurangkan kedutan. dah semestinya banyak juga testimoni yang kononnyaa kelihatan super duper cantik selepas pakai produk tersebut.

 tahukah anda apa yang sesuai untuk orang lain, tak semestinya sesuai dan menjadi untuk kite??? dan aku sendiri memang dari dulu sampai sekarang memang mudah terpengaruh dengan testimoni segala nie. bile aku nampak orang tu cantik sebab pakai produk A, aku beli produk A. bile tak jadi, aku try produk B bile nampak kulit orang lain licin putih berseri. sampai lahh semua produk aku pernah gune.  lepas tuu, memang memberi kesan untuk kulit aku. kesan dia bertambah mak aihh jerawat dekat pipi aku. pipi aku merah bukan sebab blushing ke apee, tapi merah dengan jerawat plus parut sekali. huwaaaaaaaaaaa T.T

banyak sangat dah produk aku try, kadang-kadang ade jer aku nampak kawan aku cantik jew kulit muka dia bile pakai produk yang aku pernah gune. so aku takleh claim laa kate produk tuu tak menjadi. produk tuu just tak sesuai dengan aku. TAK SESUAI!! so nasihat aku, jangan laa duk tengok orang tuu cantik, terus tukar produk pastu nak marah-marah muka kau tak jadi macam dia. yelahh, sedangkan kembar pun jenis kulit berbeza tau. nie kan kau dengan si cantik testimoni. jauhhh beb beza dia. hahaha.

Nak kulit cenggini bolehh?? :DD
p/s : pandai-pandailah korang cari produk yang sesuai untuk korang. aku ade cuba satu produk nie. baru pakai. kalau hilang jerawat aku. aku share produk tu kat korang. tapi macam mustahil jew jerawat nak berpisah dengan aku. wuuuuuuuuu~~

p/s : ehh satu lagi, ingat yaa ape yang sesuai untuk orang lain tak semestinya sesuai untuk kite. adiosss :D


DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Feb 8, 2013

SETIA HUJUNG NYAWA MENGALAKKAN TERLANJUR

ASSALAMUALAIKUM :D

korang peminat setia drama"setia hujung nyawa"?? err aku memang tak layan drama nie. entah tak tau kenape. maybe sebab waktu clash dengan cerita korea aku. hehe. patutnya boleh jer nak download or tengok kat tonton tapi aku macam tak berminat lagi nak tengok. mungkin nanti kot. hehe. semalam dah last eh cerita. sebab kecoh kat twitter :p aku nie memang kaki novel. so, novel setia hingga hujung nyawa tuu dah aku khatamkan setahun yang lepas (guna baucer 2012). hehe. so maybe sebab aku tau dah ending novel tuu. aku tak berminat nak menengoknya. tapi tapi ada cakap cerita tuu sweet ehh ?? *mesti tengok nie !!



tadi aku ada laa bukak facebook nie. scroll bawah, bawah, bawah dah bawah. aku jumpe ramai yang shared mende nie =,=

err aku tak tau apa motif perempuan tu update status nie. mana perasaan malu tu cik kak oii ?? aku tak rasa penulis novel, penerbit or pengarah drama tu yang salah. tapi diri sendiri. mana semua ilmu yang kau belajar dulu ?? tak fikir perasan mak ayah ke ?? drama tu sekadar untuk memberi semangat dan keinsafan kepada orang yang berdosa, bukan memberi inspiransi untuk terlanjur bagai. fikir dulu sebelum nak post status kat fb, nak tweet or nak buat entri. jangan memalukan diri sendiri !! aku pun bukan layak nak tegur-tegur semua nie, tapi tak salah kan kalau nak bagi nasihat. adiosss :D
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Feb 6, 2013

AMALAN SETANNIROJJIMM !!!

ASSALAMUALAIKUM :D

err, betul ke ejaan aku nie ?? haha. aku nie dah macam  ustazah dah duk amalan setan kemain. tapi tuu lah ayat feveret adek aku nie. si aqiff nie baru darjah 1. means 7 tahun laa. tuu kena bagitau gak ehh ?? haha. tapi tiap kali aku buat perkara tak elok, mesti ayat tuu akan keluar. err bukan aku smackdown dia, tak bagi dia makan ke apa. alaa benda kechik-kechik jerr. untuk makluman, aku kakak penyayang yaa. ehh ??

"haa along kuku panjang, amalan setan"

"haa along makan sambil cakap, amalan setan"

"haa along jelir, amalan setan"

"haa along tak bace doa, amalan setan"

*ayat nie dah ditranslatekan dari ayat kelate ---> ayat yang mudah korang nak faham ;)

aku tak tau apa motif letak gambar dia yang nie. maybe sebab sesuai dengan entri yang aku nak sampaikan . hohoho

yang aku tak puas hati tuu, dia pun lebih kurang aku jer. tapi sesuka hati nak bagi aku amalan setan bagai. haha. tapi sebenarnya apa aku nak sampaikan ialah even orang tuu lebih muda dari korang, dan mungkin dia lebih buruk perangainya dari korang tapi kalau dia bagi nasihat yang berguna, apa salahnya ambik sebagai teladan. faham ?? tapi aku kalau adek aku yang bagi nasihat aku buat pekak jer. muahahahaha :D




DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Feb 3, 2013

JANGAN PERCAYA CAKAP ORANG TUA ??

ASSALAMUALAIKUM :D

amboi kemain tajuk aku. kononnya nak buat kontroversi lettew :pp haha. tapi korang percaya ke idok cakap orang tua ?? maksud aku, orang tua tuu bukan mak ayah tapi orang dulu-dulu. alaaa orang dulu-dulu nie banyak pantang larangnya. kadang-kadang ada yang tak relevan dah untuk zaman sekarang nie. setengah orang ada yang masih percaya, dan maybe ada gak tak tau langsung pasal pantang larang nie. so, jom kita tengok pantang orang dulu-dulu dan relevannya ;)



JANGAN POTONG KUKU WAKTU MALAM, NANTI PENDEK UMUR

aku rasa memang korang semua tau yang nie kan ?? sebenarnya orang dulu-dulu nie potong kuku pakai blade, lepas tuu diorang mana ade malam terang benderang macam kita sekarang, pakai pelita jer. so, diorang takut terluka laa kita nanti. tuu laa sebab kita dilarang potong kuku waktu malam. tapi oleh sebab kita nie Islam, potonglah kuku hari jumaat, isnin, dan khamis. tapi lebih afdal jumaat. aku rasa dalam Islam, tak spesifik waktu apa yang boleh dan tak boleh potong kuku.

JANGAN DUDUK ATAS BANTAL, NANTI NAIK BISUL

err, yang nie memang feveret aku langgar pantang nie. haha. tapi tak elok tau sebab bantal tuu kita letak kat kepala, kira hormat laa. lagi satu, aku ada baca majalah tu *tak ingat name ape, sebenarnya kita tak leh duduk atas bantal sebab dulu-dulu nak buat bantal nie susah, diorang letak kekabu. lantai rumah diorang pulak kebanyakan kayu tuu tak diketamkan. err, betul ke ayat aku.  maksud aku lantai tuu tak licin laa, budak-budak dulu suka naik atas bantal buat macam naik kuda gituu, jadi orang-orang tua jadikan nie sebagai pantang larang supaya bantal tak terkeluar kekabu dalam tuu.

 JANGAN MENYANYI DI DAPUR, NANTI DAPAT SUAMI TUA

aku bajet semua perempuan selalu buat macam nie kann ?? kecuali aku sebab jarang ke dapur. eh ?? haha. sebenarnya orang dulu-dulu nie masak guna kayu api, so kalau kita duk nyanyi, kita hilang fokus so masakan kita akan hangus youuu :) anak dara kan  takut nak kahwin dengan orang tua, so orang dulu-dulu nie ugut mereka dengan cara nie. kreatif kan orang dulu-dulu nie ?? pandai diorang ugut-ugut nie yaa. haha. jangan percaya okay,  sebab jodoh tuu ALLAH dah tentukan sejak kita dalam perut mak lagi :D

JANGAN MAKAN BERALIH TEMPAT, NANTI KAHWIN RAMAI

amboi mesti lelaki suka sangat makan beralih tempat, sebab tuu kahwin 4 !! gatal oii. muahahaha. aku rasa sampai sekarang aku still lagi dengar pantang nie. aku suka sangat makan tukar-tukar tempat dulu, pastu mesti ramai tegur nanti kahwin ramai. aku rasa kalau 40 orang cakap cam tuu dekat aku, ada masin mulut tuu. haha. auwww ;) sebenarnya kalau beralih tempat jadi bersepah laa makan, lagipun tak manis laa sekejap makan sini, lepas tuu nak makan sana pulak. macam tak menghormati rezeki.

*****************************************************************

sebenarnya banyak lagi pantang-larang melayu. tapi korang kena ingat yang semua nie sebenarnya nak membentuk kita jadi orang yang lebih beradab, sopan dan sentiasa berdisplin. mungkin cara mereka menyampaikan nampak kasar sebab seolah mengugut kita tapi itulah cara untuk buat anak-anak jadi takut dan mengikut perintah. semuanya memang banyak memberi kebaikan.

tapi dalam Islam, kita perlu tau semua pantang larang nie boleh diamalkan sekiranya tidak bercanggah dalam Al-Quran dan As-Sunnah. ingat seseorang tuu akan menjadi khurafat kalau kita  percaya apabila kita melanggar pantang larangan sesuatu, kita akan terkena musibah atau pun sial.


“Katakanlah; tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah”. (an-Naml: 65) 

DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Jan 31, 2013

AZAM SEHANGAT ASMARA ??

ASSALAMUALAIKUM :)

korang, korang tau tak betapa susahnya aku nak buat intro post sekarang nie !! aku dari tadi duk taip, pastu delete balik sebab rasa macam skema jer ayat aku. muahahaha. korang, tau tak "azam tahi kucing" ??  aku panggil azam tahi kucing sebab macam hangat-hangat tahi kucing gituuu :) korang tak faham maksud peribahasa tuu ?? better pergi belajar BM balik !! hehe. aku nie termasuk dalam kategori nie laa. aku kan dari dulu lagi duk berazam jer. tapi aku bukan berazam tiap kali tahun baru jer, tapi tiap kali nak nak fasa tertentu.

err, aku rasa ayat aku berbelit. haha. macam nie lah, bila aku dapat result PMR jer, aku macam sedih pastu mula menginsafi diri dan berazam lagi nak buat yang terbaik dalam SPM. dapat result SPM teruk, pastu aku janji dengan diri sendiri nak berubah, nak tambah rajin untuk matrik nanti. tapi mase matrik main tak ingat dunia, pastuu melalak tengok result sendiri. hehe. so, masuk UPM nie, aku macam biasa laa, berazam dan terus berazam nak rajin laa, nak buat note, fokus dalam kelas, tak mau ponteng-ponteng laa untuk sem 1. tapi lepas tuu azam tinggal azam jer. dan nie nak masuk sem 2, aku masih teruskan tradisi lapuk aku tuu untuk berazam, berazam, dan terus berazam. muahahahaha.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Barangsiapa yang amalannya hari  ini lebih baik dari semalam,
dia adalah orang yang beruntung.
Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,
dia adalah orang yang rugi.
Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."

setakat nie aku rasa azam aku tak pernah menjadi. banyak halangan duniawi. haha. so, korang-korang nie, jangan ikut perangai aku yang tak semenggah tu tau. jangan hangat-hangat tahi kucing jer tapi jadikan azam mu sehangat asmara. ehh ? okay fine tak lawak :(  bila dah berazam, buat betul-betul yaa. jangan mula-mula semangat, last-last semangat semua dah hilang ntah ke mana.  berazam tuu boleh, tak salah, tapi realisasikan laa. orait ?? plan betul-betul, usaha dan bertawakal sebab tuu kunci kejayaaan :)


"apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH- Ali imran : 159"
p/s : nak jadi blogger hebat dan disukai ramai ?? jomm terjah 10 tips untuk blogger baru :)
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Jan 28, 2013

DO YOU BELIEVE IN KARMA ??

ASSALAMUALAIKUM :)

hai semua !! sihat ?? aku kalau nak buat intro entri memang fail ! hehe. aku rasa macam comel jew tajuk entri aku dalam english youuu :) abaikan kalau ada grammar mistake or whatsoever yaw !! adakah anda percaya dengan karma ?? katakan TIDAK pada karma if kau, kau dan kau adalah orang islam. dulu aku yang jahil nie sangat percaya karma. sebab bagi aku maksud karma tu adalah perbuatan baik dibalas baik, perbuatan jahat dibalas jahat.

hari tu, dah lame sebenarnya aku ada tanya roomate pasal karma nie. dia percaya tak tentang karma apa bagai nie dan dia cakap sebagai islam tak baik percaya karma. aku macam ehh betul ke idok nie ?? lepas jew google pasal nie barulah aku faham istilah sebenar karma nie. korang tau tak apa tu karma ?? karma itu bukan macam buah kurma yaw !! hehe. *okay tak lawak :(



apa yang aku faham karma nie dalam agama Hindu Buddha. kalau buat baik, akan terlepas dalam kelahiran semula dan akan bersatu dengan Tuhan. peringkat nie dipanggil Nirwana. dan kalau buat jahat macam rompak, curi, rogol, bunuh dan sebagainya akan dibalas kejahatan di dunia. contohnya diri sendiri yang akan dibunuh, or accident lepas tu mati. dan kalau tak dibalas didunia, seseorang tu akan dilahirkan semula dalam keadaan binatang yang hina. macam anjing, khinzir dan sebagainya. *kalau aku salah tolong betulkan :)

sebagai orang islam, kita wajib menolak kepercayaan tentang karma. ini kerana dah jelas dalam islam tiada kelahiran semula seperti yang difahamkan dalam hukum karma. tetapi dalam islam, KIFARAH adalah hukuman ALLAH sebagai balasan dan akan menghapuskan dosa-dosanya yang lalu sekiranya dia sabar menerima dugaan itu. dugaan tersebut seperti kehilangan orang-orang tersayang, jatuh sakit, muflis dan sebagainya.
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn) 
so aku rasa jelaslah yang karma memang tiada dalam islam. kita dah ada rukun islam dan iman untuk dipercayai dan dituruti. kenapa perlu untuk percaya hukum agama lain ??
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Jan 23, 2013

CERITA KEJAM DISEBALIK LAGU OPPA GANGNAM STYLE


ASSALAMUALAIKUM :)

entri aku nie sekadar copy paste semata-mata. aku jumpa kat facebook nie. so aku rase tak salah nak share kat korang semua. maaf sebab sangat panjang, tapi korang jangan mengade nak skip yaa entri nie. hehe. alaa apa salah korang baca benda yang bermanfaat dari kau duk buat perkara sia-sia tuu. orait babehh ?? muahahaha. jangan malas taw !! selamat membaca dan beramal :)


TAJUK : " PENGAKUAN GADIS KOREA : TARIAN GANGNAM BERKAIT CERITA KEJAM DI GANGNAM , KOREA ?? "

(Kisah disebalik lagu Oppa Gangnam Style terbongkar !! )

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."
"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.

Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.

"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.

"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.

"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.

"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

"Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.

Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

"Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"

"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.

"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.

"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.

"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.

"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket juba
h putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...

DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Aug 28, 2012

PERBEZAAN ITU MENYATUKAN :)

ASSALAMUALAIKUM :)

bukan kemain lagi tajuk aku hari nie. haha. aku bukan nak cerita pasal politik atau pun kaum yaa :) bukan perbezaan kaum yang aku nak kongsi tapi perbezaan dalam hubungan. hubungan tuu bukan saje khas untuk pasangan kekasih jer, tapi hubungan persahabatan, hubungan ibu dan anak dan sebagainya laa :)

korang tengok kat tangan korang tuu sekarang. ada kanan. ada kiri. cer korang bayangkan yang korang ada dua tangan kanan? macam mane ehh? mesti kekok kan :) so macam tuu laa kehidupan. yang berbeza tuu buat kita sempurna. ehh korang faham tak nie? mehh aku explain kasi clear yaa :)


tetibe jer ayam kfc nak interframe. haha :)
macam nie laa pakwe kau suka makan ayam bahagian dada, kau pulak suka makan peha. tak suka isi dada. so perbezaan korang tu menyatukan korang :) tapi kalau dua-dua nak bahagian dada, tak ke boleh berebut macam tuu? so persamaan korang tuu pulak akan memecah-belahkan korang :)

err, maksud aku sekarang nie, jangan laa duk cari persamaan jer dalam hidup kita. yang kaya nak kahwin dengan orang kaya. yang bijak pandai nak kawan dengan sama taraf dengan diorang. tapi diorang tak sedar yang persamaan tuu memecah-belahkan mereka. perbezaan tuu yang melengkapkan hidup kita yang tak sempurna nie. faham ke idok?? haha. 

p/s : pesan untuk diri sendiri dan semua :DD
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Aug 14, 2012

SALAH SIAPA? :)

ASSALAMUALAIKUM :)

err. sebenarnya dah lama nak post entri pasal nie, tapi almaklum saje laa anis nie macam mana. haha. nak cakap anis dapat award dari cik fieza sebab anis dah jadi follower dia yang ke 700 :) wah banyaknya follower dia. thanks yaa cik fieza bagi award kat anis nie :) cantik sangat, tapi tak boleh nak letak kat sidebar, tak nak beratkan blog yang dah sememang berat nie. haha. 
comelkan award nie :)
ingat tak pasal entri nie pekerja mesra aset negara? tengah hari semalam anis ada laa g maybank, nak buka akaun sspn. punya laa kasar mak aihh pekerja dia.  err, anis tak maksud semua pekerja maybank ehh :)  tapi yang nie ada ke patut dia marah anis macam nie dialog dia :

akak harimau  : ehh dik, awak tak ambik nombor ke pakai serbu jer kaunter.
anis : dah kak. no 4046 nie no saya laa.
akak harimau  : no nie dah lama dah keluar, yang awak nie lambat sangat kenapa? tak nampak ke?? *nada garang gila*
anis : maaf kak. saya tengah isi borang tadi. tuu yang lambat. 
akak harimau : lain kali isi borang dulu baru ambik no. tuu pun tak tahu ke?
anis : err okay kak. 

sebenarnya anis dah isi pun borang tuu kat rumah. cuma tak isi lagi yang nak depositkan duit jer. tapi sebab anis ambik nombor kat ground floor, yang kaunter tuu dekat first floor.  tu yang lambat nak naik tangga. kebetulan lak kat kaunter tak ada orang. tuu yang awal naik nombor anis. err, salah anis eh? kot yaa pun salah anis, patut ke akak tuu marah anis? konpius jap. datang bulan eh kak? haha.

p/s : manusia nie selalu jer pandang kesalahan orang lain, tapi salah diri sendiri tak nak mengaku. wallahualam :) 
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Aug 11, 2012

PEKERJA MESRA ASET NEGARA :)

ASSALAMUALAIKUM :)

hai semua, sorry yaa banyak komen yang tak direply, tak blogwalking pun lagi kat blog korang. nanti anis blogrunning kat blog korang ehh :)  sibuk sangat tadi, pagi-pagi dah kena pergi ambik WPP tuu. alaa, wang pendahuluan pembiayaan PTPTN. orang lain dapat jer melalui pos, tetiba anis kena pergi ambik kat dewan, jauh pulak tuu. ada taklimat laa, ceramah bagai dan yang lain politik semata-mata -,-

lepas tuu, pergi cash out kan cek tuu dekat CIMB bank. buka akaun CIMB bank, masuk kan duit dalam tuu. masa nak buat akaun tu, anis tertarik dengan sorang kakak nie, baik hati dan lembut jer. dia yang urus dekat kaunter tuu. ohh yaa, bank ada dalam mall sebab tuu buka walaupun hari sabtu. time dia minta ic, punya laa ngelabah tak jumpa ic. lama pula nak cari ic tuu dalam bag. *padan muka sebab suka letak ic tuu merata-rata. tapi kakak tuu relax jer :)

terima kasih google untuk gambar nie :D
masa anis nak scan ibu jari. scan ehh orang panggil? alaa yang letak ibu jari tuu nak check betul tak kita owner ic. bila anis letak ibu jari jer, mesti reject. 3 kali try tak boleh-boleh jugak. dia ambik tisu tolong lapkan ibu jari anis. padahal ibu jari anis kering jer masa tuu. last-last mesin dia tuu yang basah -,- lepas tuu, bila dia suruh anis tandatangan macam-macam dokumen. tetiba jer anis salah tandatangan dekat urusan pejabat . haha. kakak tuu boleh pulak gelak kat anis. haha. nasib baik laa dia baik, terpaksa dia print out balik :)

anis suka dengan pekerja macam tuu, diorang buat kita selesa nak berurusan. pengajarannya, kakak abang yang dah bekerja, tolonglah ceriakan diri anda yaa. lebih-lebih lagi yang bekerja dengan public. so dengan itu,  anda akan disukai ramai dan insyaALLAH pekerjaan anda akan diberkati kerana memudahkan orang ramai :) anda adalah aset negara :) sekian terima kasih. haha. macam ceramah agama laa pulak  ^_^

pissst : maaf entri merapu :P
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Aug 9, 2012

KITA HANYA MERANCANG :')

ASSALAMUALAIKUM :)

hai semua. erk. alhamdulillah kenyang. haha. tadi anis tengah godek-godek hard disk. tengok balik gambar-gambar time duk matrik kuala pilah. memang banyak pun sebab budak practikum anis gila kamera. * eh, tapi rasanya banyak muka anis dari orang lain. sape lah yang gila kamera sebenarnya nie? konpius ^,^ haha. jom layan gambar nie jap. 

macam budak-budak tengah bertanding mewarna kan? haha :)

yeay. kami suka mewarna guna crayon :D

kononnya nie rumah cendawan. rumah orang asli :)

kononnya hutan laa nie :)
semua nie adalah prop yang kita orang buat untuk drama dalam kelas KD atau kemahiran dinamika. kalau korang tak taw, kelas nie macam kelas adab dan tatasusila cam tuu. tema drama nie komunikasi. so, kita orang buat drama pasal orang asli dan kesusahan nak berkomunikasi dengan mereka. 

semangat jer kita orang buat malam tuu, sampai pukul 11 malam kot baru siap. so, ada laa yang tolong pegang prop nie. *kertas mahjung jer padahal. dan esoknya, kelas KD tuu kul 3 petang. group kita orang first group kena present. tetibe jer, orang yang tolong pegang prop nie cakap dia tertinggal kat bilik. tertinggal kat bilik yaa semua :') sedangkan babak pertama tengah dilakonkan. mahu tak mahu, kami teruskan jer. 

so kawan-kawan sekalian, pengajaran yang penting ialah, sejauh mana kita merancang, sehebat mana pun rancangan itu, sekiranya ALLAH tak izinkan, pasti perkara itu tak akan terjadi. sesungguhnya ALLAH maha mengetahui  :)
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

PEKERJA DAN SYILING :)

ASSALAMUALAIKUM :)

cerita di bawah nie anis copy and paste jer dari group matrik anis dulu. tak salahkan kalau share perkara yang bermanfaat :DD



TINGG

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

...
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Allah menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. wallahualam :')

DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Aug 7, 2012

DIA ISTIMEWA :')

ASSALAMUALAIKUM :)

semalam anis ada layan rancangan variasi STAR KING channel 393 yang memapaparkan bakat-bakat yang menakjubkan. tersentuh sangat dengan persembahan Kim Tae Hoo. baru jer 13 tahun tapi dia pemain piano yang hebat. memang laa dia bukan islam atau pun melayu. tapi tak salah nak mengambil semangat dari dia kan??

bayangkan laa dengan menggunakan 5 jari + tangan yg kudung sebelah dia boleh bermain piano dengan  hebat sekali. anis tak taw tajuk apa lagu yang dimainkan * sebab tuu lagu korea* haha. tapi muzik dia mampu membuat anis mengalir air mata. semangat dia macam meresap kat semua penonton. dan walaupun anis tengok melalui tv, semangat itu juga meresap dalam jiwa. *cheewaahh. haha.




dia yang istimewa dapat bermain piano dengan hebat sebab dia berusaha untuk dapat apa yang dia nak. terfikir jugak anis, sedangkan kita yang cukup jari jemari  masih malas nak berusaha tapi hanya menadah simpati orang untuk mendapat sesuatu :') waallahualam.
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Aug 6, 2012

DENGAN IZINNYA

ASSALAMUALAIKUM :)

baru jer lepas habis tengok cerita yang main kat tv3, DENGAN IZINNYA. anis dah lama tak tengok drama-drama kat tv3 nie. tapi sebab ayah tukar channel nie, so layan laa. tak rugi pun tengok cerita nie. banyak pengajaran yang ada. kadang-kadang keluar air mata nie, tapi terpaksa tahan nak cover depan ayah.* kononnya anak perempuan nie kuat hati, tak mudah menangis* dusta semata-mata. haha :DD

walaupun tengah mengantuk, bile layan jer cerita nie tetiba mata jadi cerah. hoho :) sesape yang terlepas tengok tadi, korang memang rugi. drama nie mengisahkan si along ( zamarul hisham) yang hilang kedua-dua tangannya dan sebelah kakinya akibat dari kerja di ladang sawit untuk menyara 3 adiknya. pengorbanan angah (norkhiriah ) yang bekerja walaupun masih muda, menjaga alongnya dan seorang adik perempuan yang istimewa. kisah si uda  yang ingin berhenti sekolah untuk bekerja supaya dapat membantu keluarganya.

 anis terharu dengan pengorbanan dan kasih sayang mereka adik beradik. sanggup bekorban apa saja demi adik beradik mereka walaupun diri merana. drama ini juga mengajar ajar kita jangan menyalahkan diri walaupun apa yang terjadi. sentiasa bersyukur dengan apa saje. jangan jadi seperti orang yang kufur nikmat. setiap takdir ada hikmahnya. pengajaran paling penting, walaupun teruk bagaimana pun kita, selagi hayat dikandung badan, solat mesti dilaksanakan :)

pissst : anis terfikir boleh ke anis sekuat dan setabah si angah untuk menjaga along yang cacat dan adik yang istimewa? tak terbayang rasanya kalau berada dalam situasi macam tuu :') segalanya berlaku dengan izinNYA.
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

KALAU...KALAU...KALAU :D

ASSALAMUALAIKUM :)

hai semuaa :DD pernahkah korang semua berada di situasi macam nie :


A : KALAUlah aku study semalam, mesti dah dapat jawab exam hari nie :(


B : ruginya tak bangun bersahur semalam, KALAU tak mesti tak lapar sangat macam nie. aduuhh :(


C : menyesalnya aku buat macam tuu, KALAUlah boleh undur masa nie :(


hidup kita penuh dengan kalau begitu, pasti begini. tahukah anda perkataan KALAU ialah bisikan syaitan.  anis memang suka sangat sebut perkataan tuu. selalu jer menyesal dengan perkara yang dah terjadi. dan selalu jer mengulanginya. terasa naifnya diri :')


contohnya, bile dapat keputusan teruk jer, pasti anis akan kalaulah aku study semalam, kalaulah aku selama nie fokus dalam kelas, kalaulah aku rajin ulangkaji. perkataan KALAU pasti akan keluar. tapi insyaALLAH anis ingin perbaiki diri, moga2 perkataan kalau itu tak disebut lagi. 


sebenarnya ada terjumpa 1 hadis pasal KALAU nie :
Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan, ‘Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, niscaya tidak akan menjadi begini dan begitu.’ Tetapi katakanlah, ‘lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya.’ Karena sesungguhnya ungkapan kata 'kalau' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan setan.’” [HR. Muslim, Ibnu Majah dan Imam Ahmad]

DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee