ASSALAMUALAIKUM :)
entri nie khas buat adik-adik lepasan spm. tetapi kalau korang bukan termasuk golongan nie, anda juga boleh baca entri aku. boo. ayat aku skema. fineee :( dah dah tak payah melalut. intro kena pendek dan simple yaa. jangan nak lebih-lebih. biar isi tuu berjela-jela orait ?? oleh sebab aku tengok dekat akaun nuffnang yang banyak yang cari pasal keburukan matrik, nak pilih kos apa bagai kat dalam blog aku nie. so aku dengan bajet kaunselor sekolah nie akan bagi serba sedikit panduan kepada adik-adik yang tengah confuse nak pilih course apa, nak sambung matrik, asasi, stpm or diploma. so here we go !!
 |
| jangan kutuk lukisan aku !! aku rasa comel jew aku lukis gune paint nie !! muahahaha :) |
1. MATRIKULASI
oleh sebab akak kau nie dari kolej matrikulasi negeri sembilan, kuala pilah *fuhh panjang mak aihh mention nama matrik. so aku galakkan korang masuk matrik. hehe. matrik nie macam shortcut sambung degree sebab setahun atau dua tahun jew ;)
"susah laa matrik weyh, aku sarankan jangan masuk matrik"
"kalau setakat kau nie, baik jangan masuk matrik. kau tuu pemalas"
"matrik tough, banyak syllabus pastu semua nak cepat"
"alaa matrik macam sekolah, tak de feel langsung, baik masuk U"
hye youuu !! buang semua fikiran kolot korang pasal matrik tuu. even result aku nie memang laa tak dapat dibanggakan but aku rasa matrik adalah pilihan paling tepat yaa. aku dapat result cincai pun sebab aku nie memang sah-sah pemalas dan kaki ponteng. muahhaha. so kalau korang nie, confirm 4flat punya kalau masuk matrik. memang laa matrik susah. aku tak nafikan, tapi matrik ada 4 subjek yang kira dalam pointer sedangkan dulu masa korang spm ada 9 or lebih lagikan ?? macam korang boleh survive masa tuu ?? so kalau spm kau boleh dapat banyak A, so aku rasa kat matrik tak mustahil kan ;)
lagi satu, korang ingat budak matrik nie semua pandai-pandai ke spm diorang ?? mungkin orang lain pandai, tapi bukan aku. result spm aku cukup makan jew. alhamdulillah dapat masuk matrik. dan aku anggap matrik nie macam tempat kau nak tebus result spm korang dulu laa. matrik tak de laa tough sangat yang macam semua duk canang-canang tuu, alaa macam biase laa pergi kul 8 pagi balik 5 petang. ada jugak jadual sampai pukul 4 jew. depends laa. alaa memang korang akan rasa penat lelah tuu. tapi berbaloi sebab kau boleh habiskan setahun jew dan lepas tuu sambung degree ;)
matrik macam sekolah ?? yea memang !! nota, buku semua dah disediakan oleh pensyarah. even masa matrik tak wujud pun "pensyarah" tetapi dipanggil cikgu. aku lebih suka sistem nie even macam sekolah sebab aku baru lepas spm, aku kena ada cikgu guide semua bagai. dan kadang-kadang aku rasa macam budak matrik nie terlalu 'manja' sehingga bila masuk U diorang susah sedikit nak survive ;)
2. ASASI
aku tak boleh cakap lebih pasal asasi sebab tak de pengalaman. hehe. tapi dulu aku pernah confuse nak pergi asasi or matrik sebab mase tuu aku dapat tawaran asasi undang-undang Uitm :) aku rasa asasi lebih kurang matrik sebab cara pembelajaran dia cepat dan agak tough sebab nak cover setahun atau 2 tahun *depends program asasi masing-masing laa. tetapi kelebihan asasi adalah korang akan terbiasa dengan keadaan universiti dan boleh survive untuk degree nanti. korang yang lepasan asasi juga akan senang nak masuk U yang sama dengan program asasi korang tuu. tak payah dah nak bersaing dengan budak matrik yang beribuu berebut nak masuk U tuu, sedangkan budak matrik akan bersaing dan kemungkinan payah nak dapat U pilihan *lebih lagi yang result tak berapa nak tinggi tuu ;)
3. STPM
yang nie pun aku tak tau sangat. tapi oleh sebab sekolah aku dulu ada budak stpm nie so aku rasa nie pun pilihan yang baik if korang tak dapat yang aku list kat atas tuu. sebab stpm macam shortcut gak laa sebab 2 tahun jew kan. dulu stpm nie guna sistem macam spm. belajar 2 tahun, pastu terus final. tapi sekarang tak silap aku dah guna sistem sem dah. so lebih senang dari dulu yang kena hafal dan letak dalam otak selama 2 tahun !!yang dulu betul-betul bergantung kat final exam, tapi sekarang dah ada markah untuk assignment bagai tuu.
tetapi stpm nie, bila nak sambung degree nie, masalah dia macam matrik jugak. susah nak dapat U pilihan sebab kena compete dengan budak matrik dan payah nak survive sebab biasa di'manjakan oleh sekolah ;) tetapi paling penting STPM kalau dah tak nak sambung belajar, sijil dia boleh digunakan untuk kerja sedangkan matrik dengan asasi memang tak pandang langsung !!
4. DIPLOMA
ramai kawan aku ambik diploma. dan aku rase pilihan diorang pun bijak ;) sebab diploma macam "lambat tetapi selamat" sebab korang ada 6 sem (3 tahun) nak cover result korang tuu sedangkan matrik, asasi dgn stpm paling banyak 4 sem jew. diploma nie korang boleh rase kehidupan dekat U macam mane dan dan diorang belajar sesuatu dengan lebih details. matrik, asasi, stpm hanya belajar basic jew. budak diploma, sijil diorang dapat digunakan untuk kerja dan diorang jugak boleh sambung degree dengan mudah terutama sekali apabila sama U dan sama course. diorang juga boleh memendekkan masa untuk degree sebab diorang dah banyak belajar masa diploma dulu ;)
p/s : kalau info asasi, stpm dan diploma salah, perbetulan aku yaa :)
p/s : aku rase semua ada pro dan contranya. semua atas pilhan masing-masing. fikir betul-betul sebelum buat keputusan. banyak doa taw yaa adik-adik. aku harap korang dapat buat keputusan yang bijak :)
p/s : comment kat bawah kalau nak tanya apa-apa yaa. harap dapat membantu :)
p/s : sape dapat matrik negeri sembilan ?? klik
sini ;)
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee 