Showing posts with label follower. Show all posts
Showing posts with label follower. Show all posts

Jan 27, 2013

SEGMEN : ANISS TOLONG REVIEW BLOG AKU !!

ASSALAMUALAIKUM :)

STICKY POST

 *** macam tak laku jew segmen aku nie. huwaaaa T.T mungkin akan dibatalkan dan terus delete entri nie ***

amboi ganas sungguh tajuk segmen aku nie !! haha. tak taw nak letak name ape. oleh sebab aku terlampau bosan dan kadang-kadang kering idea nak update apa kat blog nie. so aku rasa ape salah aku buat review pluss segmen gituu. tapi aku tak yakin sangat dapat sambutan ke idok. alaa try nasib laa. hohoho. so, kamu, kamu dan kamu ayuhh join segmen kedua akak kau nie yaa :)

" ehh kenapa aku kena join segmen kau nie niss ?? "

sebab aku comel so korang kena join !! ehh ?? muahahaaha. tapi nie pun tujuan untuk promote blog aku dengan blog kau jugak bila kau buat review blog kau tuu. faham ?? ala suka-suka jew. tapi aku bukan paksa pun, kalau korang rajin korang join, tak nak ?? ehh takpee. aku sayang yang join tuu lebih laa. hehe. so korang faham-faham laa yaww !!

" ceh ! banyak cakap jew. apa kau nak sebenarnyaa nie niss ?? "

hmm cam nie aku bukak 25 paling awal untuk review blog dia. korang buat laa entri tajuk macam kat atas tuu. dan bodek laa apa-apa tentang aku. ehh ? aku taw aku tak layak nak review blog korang yang super duper HEBAT tuuu :) tapi tolong laa support insan yang kebosanan nie. muahahaha. so korang join yaa.

amboi. panjang pulak mukadimah nie. senang citer, korang buat entri :

SEGMEN : ANISS TOLONG REVIEW BLOG AKU !!

syarat-syaratnya mudah ;

1. tak wajib follow aku. suka hati korang laa.
2. tag sorang. dan bagi dia sedar kewujudan segmen nie. tujuan untuk promosi segmen.

jangan lupa letak header nie kat entri korang yaww dan jangan lupa link dekat segmen aku nie ehh :)



mudahkan ?? kalau dapat sambutan lebih dari 25 tuu, yang lain aku tetap review tapi mungkin lambat. so cepat-cepat yaa. last segmen 27 JAN 2013 (AHAD) 12.00 am orait babeh ??
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Jan 21, 2013

BAHAYA STOP BLOGGING !!

ASSALAMUALAIKUM :)

dah 2 bulan lebih woooo tak upadate blog nie aish. last 2 month pun aku update i'm back. ehh ? apa kejadahnya duk melalak i'm back i'm back bagai pastu update sebuah entri tuu jew. aishh ! kononnyaa nak istiqamah bagai nak rajinkan diri. nak share life kat upm laa. booo untuk aku !! hehe. 


adik-adik yang tengah baca entri, jangan ikut yaa perangai tak semengah akak kau nie. kalau nak berbelog tuu, terus berbelog, jangan nak pause lelame. penat wooo nak kejar balik follower yang sudi jengah blog korang tuu. buat ape korang buat blog kalau tak de orang singgah ?? baik korang taip jew entri korang dalam notepad. bace sorang-sorang. muahahaha. *gelak setan* sejak bila aku taw si setan gelak macam nie. hahaha.





okay. sebenarnya semua tu tuju untuk aku. aku tunding 20 jari (termasuk jemari kekakiku) dekat diri sendiri. tak cakap dekat kau. kau atau pun sape-sape laaa. ehh camne nak tunding jari kaki kat diri sendiri ?? *thinkingggggg. tapi seriously, susah laa kalau stop lelame blog, pastu try nak aktif balik. aku rase dah banyak kali aku stop blog, pastu 5-6 bulan lepas tuu aku aktif balik. 2-3 entri tiap hari. ambik kau ! gelojohnya aku. muahahhaha. dan mase aku aktif balik tuu mesti time lepas habis SPM, lepas cuti sem matrik dan now lepas sem U. 

p/s : sebab apa baru nak aktif balik ??  jawapannya mudah yaa adik-adik, abang-abang, kakak-kakak sekalian. sebab aku bosangggg !!




DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Aug 29, 2012

Segmen : JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG SEBANYAK YANG MUNGKIN !

ASSALAMUALAIKUM :)

dah lame nak join segmen nie. tapi lupa jer. haha :) ehh moh ramai-ramai kita pakat join segmen nie yaa. 

KLIK BANNER KALAU NAK JOIN :)
follower setakat nie ----------> 737 

p/s : jom join contest dari cik siti. support sesama blogger :)
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Aug 14, 2012

SALAH SIAPA? :)

ASSALAMUALAIKUM :)

err. sebenarnya dah lama nak post entri pasal nie, tapi almaklum saje laa anis nie macam mana. haha. nak cakap anis dapat award dari cik fieza sebab anis dah jadi follower dia yang ke 700 :) wah banyaknya follower dia. thanks yaa cik fieza bagi award kat anis nie :) cantik sangat, tapi tak boleh nak letak kat sidebar, tak nak beratkan blog yang dah sememang berat nie. haha. 
comelkan award nie :)
ingat tak pasal entri nie pekerja mesra aset negara? tengah hari semalam anis ada laa g maybank, nak buka akaun sspn. punya laa kasar mak aihh pekerja dia.  err, anis tak maksud semua pekerja maybank ehh :)  tapi yang nie ada ke patut dia marah anis macam nie dialog dia :

akak harimau  : ehh dik, awak tak ambik nombor ke pakai serbu jer kaunter.
anis : dah kak. no 4046 nie no saya laa.
akak harimau  : no nie dah lama dah keluar, yang awak nie lambat sangat kenapa? tak nampak ke?? *nada garang gila*
anis : maaf kak. saya tengah isi borang tadi. tuu yang lambat. 
akak harimau : lain kali isi borang dulu baru ambik no. tuu pun tak tahu ke?
anis : err okay kak. 

sebenarnya anis dah isi pun borang tuu kat rumah. cuma tak isi lagi yang nak depositkan duit jer. tapi sebab anis ambik nombor kat ground floor, yang kaunter tuu dekat first floor.  tu yang lambat nak naik tangga. kebetulan lak kat kaunter tak ada orang. tuu yang awal naik nombor anis. err, salah anis eh? kot yaa pun salah anis, patut ke akak tuu marah anis? konpius jap. datang bulan eh kak? haha.

p/s : manusia nie selalu jer pandang kesalahan orang lain, tapi salah diri sendiri tak nak mengaku. wallahualam :) 
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Aug 13, 2012

TIPS : MACAM MANA NAK UPDATE SETIAP HARI :)

ASSALAMUALAIKUM :)

hai semua. semalam anis tak update pun :') mood malas dah kembali. hooraayy! haha. okay, intro pendek jer :P ohh yaa, perlu ke update setiap hari? achano pendapat korang? bagi anis laa PERLU update setiap hari.  walaupun anis nie jarang boleh dapat idea nak update setiap hari. haha. tapi kalau korang laa banyak idea, jangan malu yaa nak update setiap hari. sebab dengan cara tuu laa blog korang akan ada ramai pembaca. 

memang laa susah nak update setiap hari nie. nak fikirkan idea lagi. tapi ada jer mase tengah mandi tuu duk berangan dah nak update apa. haha. kadang-kadang tengah tengok tv pun dapat idea nak update, bila click jer kat new post, tetibe jer blank. tak taw nak update apa, pastuu terus jer undo balik. haha. *berdasarkan pengalaman anis laa* hohoho. kantoi :) err, macam sekarang juga, tadi masa anis tengah sahur rasanya nak update benda lain, alih-alih melencong tajuk nie. penyakit nyanyuk dah sampai ke peringkat yang membimbangkan nie. haha :)


nie ada tips yang anis boleh kongsi untuk update setiap hari, baru jer fikirkan nie. sama-sama laa kita gunakan tips nie yaa. tips anis nie simple jer, kalau korang dapat idea nak update, korang terus jer ambik phone save dekat note main point dia. or tajuk ke. jangan panjang sangat. contohnya, kalau korang nak update pasal korang dekat kedai makan. korang marahkan pelayan tuu ke, makanan tak sedap, atau kedai tuu kotor ke. korang terus jer buat note kat phone. UPDATE : KEDAI MAKAN. confirm lepas tuu korang nak update 10 jam lepas tuu pun boleh, dah tak blank lagi. 

huraikan laa main point tuu. alaa macam karangan bm penulisan tuu :) korang faham tak? anis pun tak cuba lagi tips nie. tetiba jer terlintas dalam fikiran sekarang ni. cepat tuu lelaju jer tekan keyboard nie. haha. takut nyanyuk menyerang lagi. anis suruh buat note dekat phone sebab biasanya phone kan kita selalu bawa setiap masa dan dimana jua. cheewahh :) okay laa. harap tips nie dapat membantu awak semua. assalamualaikum :)
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Aug 10, 2012

10 TIPS UNTUK BLOGGER BARU (NEWBIE) :)

ASSALAMUALAIKUM :)

chewaahh tajuk entri hari nie punya laa gempak. haha. okay, nie ada sedikit tips atau cara-cara bagaimana nak menjadi blogger yang cemerlang yaa, insyaALLAH :) *bajet anis nie blogger cemerlang laa sangat, haha. anis pun masih lagi newbie. tapi tak salah nak berkongsi ilmu :)  mungkin korang dah tahu kot, tapi tak pe laa anis share kat orang tak tahu yaa. nie anis ringkaskan supaya korang semua faham okay :)

no. 1,

sebenarnya sama ada korang perasan atau tak, nie sebenarnya menjejaskan blog kekurangan follower..


ada faham tak? anis sebenarnya nak follow salah seorang follower anis. sebab dia tak de pun my blog kat PROFILE. kan rugi macam tuhh. so, sesiapa yang berkenaan. tolong buat macam nie yaa :)

EDIT PROFILE > tick kat SHOW MY BLOG...

p/s : sayangilah follower anda, anda mampu mengubahnya :)

no.2, 

yang nie pulak boleh mengakibatkan entri korang kekurangan atau tak ada langsung komen :)



ada faham maksud aniss?? bila semangat nak komen, pastuu ade benda alah nie. kalau korang sendiri laa, korang memang akan malas dah komen  kat blog nie.  so, apa kata korang tolong buat macam nie... ( sesiapa yang mahu entri mereka dikomen oleh blogger ) tak nak tak pe :)

DASHBOARD  SETTING COMMENTS  = Show word verification for comments?pilih NO..

no. 3, 
kotak follower tuu, kena letak kat tempat senang reader / blogger nampak. so senang laa diorang nak follow awak semua :)  dulu anis sendiri pun tak sedar. tapi setelah ditegur oleh blogger lain anis pun tukar kotak follower anis. macam kat sebelah nie ---->

no. 4,
anis nasihatkan korang buang laa lagu-lagu yang ada kat blog korang tuu :) selain menjadikan blog korang lambat nak loading, menyenangkan blogger lain yang tengah blogwalking kat blog korang. tak de laa diorang serabut dengan lagu macam-macam jenis nie. haha. tapi nie atas pilihan korang laa. anis bagi pendapat jer :)

no. 5,
widget yang float-float tuu, macam jam, atau pun welcome to my blog, or apa-apa yang sewaktu dengannya, kalau boleh remove laa yaa. widget tuu sebenarnya menyukarkan readers lain nak baca blog awak tuu :) tapi, anis tak paksa taw, atas masing-masing laa.

no. 6,
font dengan colour text pun mestilah laa menyenangkan semua orang okay :)

no. 7,
rajinkan laa diri anda untuk mengupdate yaa. entri anda jangan laa merapu-rapu sangat dan terlalu panjang. make it simple yaa :) dengan itu, blog korang akan mudah dikomen oleh blogger lain.

no. 8,
rajinkan diri anda berblogwalking yaa. tinggal jejak kat kat blog diorang. insyaALLAH, dengan cara tuu anda dapat tingkatkan bilangan follower korang. tak percaya? cuba laa :DD

no.9,
komen laa diblog orang secara berhemah yaa. jangan orang tuu cakap pasal A, lepas tuu korang malalut pasal Z. err, faham tak maksud anis? maknanya, sebelum komen tuu. baca laa entri mereka tuu, baru laa komen :)

no. 10,
trend I FOLLOW YOU, FOLLOW ME BACK. yang nie anis tak berapa setuju. jangan laa buat macam tuu ya :) kalau anis, anis tak kisah sebab sesiapa yang follow anis memang anis akan follow diorang. tapi ada yang  tak suka dengan cara tuu. apa kata korang follow jer diorang, komen kat entri diorang, tinggal jejak kat chatbox. mesti diorang akan follow awk semua.  ingat yaa what you gives, you get back :) 

p/s : nie hanya laa pendapat peribadi anis. sekadar berkongsi untuk sesiapa yang memerlukan :) korang tak dipaksa untuk mengguna cara ini. sekian terima kasih. fuhh. entri paling panjang. sorry dear, mesti penat korang baca entri nie yaa :)

DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Aug 8, 2012

TOLONG BOLEH? :)

ASSALAMUALAIKUM :)

err, korang perasan tak blog anis ni tak de iklan?? dulu anis memang tak nak letak iklan-iklan nie. konon tak nak serabutkan blog. haha. tapi sekarang jiwa tengah memberontak, so nak jugak letak iklan. jeles kot dengan semua orang. lepas tuu, nekad laa kononnya, g laa kat nuffnang.com. sign up kat sana. 




untuk pengetahuan semua, dari minggu lepas lagi anis duk sign up dengan nuffnang tuu. tapi.... tak boleh :( captcha tuu tak lepas-lepas. mesti cakap error kat CSRF. maksudnya?? anis dah buat banyak kali dah. siap baca bismillah lagi. hehe. dah give up dah sebenarnya nak sign up. tapi hidup nie mana boleh cepat mengalah kan??  

kepada blogger yang baca entri nie, boleh tolong anis tak? kenapa susah sangat nak sign up nuffnang nie?? tolong ehh. please * muke kesian*  okay laa, dah nak berbuke. nak out dulu yaa :DD byee. assalamualaikum semuaa.
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Aug 2, 2012

SEGMEN : TAMBAH FOLLOWER BLOG SAMPAI 1000+

ASSALAMUALAIKUM :)

hai semuaa. sihat? dah lame anis tak join segmen / contest / giveaway dan ape-ape yang sewaktu dengannya. hohoho :DD actually dah lame nak join segmen nie, tapi tak ingat *nyanyuk* nasib baik dah bookmark awal-awal :):) mehh laa semua join segmen nie. segmen nie yang paling menarik bagi anis sebab eratkan sesama blogger. moh laa kite :)

klik banner kalau nak join :DD
                                              
follower anis sekarang ialah 524 :DD
so, anis tag korang ehh, yang tengah bace nie. yaa, kamu. kamu. dan kamu. hohoho. join taw. boleh tambah kenalan antara blogger :) 


pissstt : blogger yang nak join tuu mesti laa ada follower bawah 1000 yaa dear~

DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Jul 26, 2012

HOOREY! DAH DAPAT FOLLOWER KE 500 :DD

ASSALAMUALAIKUM :)

hai semuaa. wohooo, gembiranya followers dah 500. yess! dah 500. maybe ramai cakap baru 500 nak kecoh satu DUNIA. haha. tak kisah laa, orang cakap, sikit-sikit lame lame jadi bukit. haha. blogger yang berpuluh ribu follower pun mesti laa bermula dari sorang follower? betul tak??aniss berterima kasih kat semua followers, keep follow blog aniss yaa :DD 


actually blog nie dah lebih setahun kot. lepas SPM start aniss berjinak dengan dunia blog nie. alhamdulillah, ramai yang menyokong, tapi selepas jew sambung belajar kat matrik. memang terus tak UPDATE, stop macam tuu jew. sekarang nie dah habis matrik, baru laa nak start balik. haha. maknanya dah setahun jugak laa tak layan blog nie. 






ohh yaa. thanks to MY 500th FOLLOWERcik cendol :) * jemput singgah laa blog comel dia okay :DD
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee