korang, korang tau tak betapa susahnya aku nak buat intro post sekarang nie !! aku dari tadi duk taip, pastu delete balik sebab rasa macam skema jer ayat aku. muahahaha. korang, tau tak "azam tahi kucing" ?? aku panggil azam tahi kucing sebab macam hangat-hangat tahi kucing gituuu :) korang tak faham maksud peribahasa tuu ?? better pergi belajar BM balik !! hehe. aku nie termasuk dalam kategori nie laa. aku kan dari dulu lagi duk berazam jer. tapi aku bukan berazam tiap kali tahun baru jer, tapi tiap kali nak nak fasa tertentu.
err, aku rasa ayat aku berbelit. haha. macam nie lah, bila aku dapat result PMR jer, aku macam sedih pastu mula menginsafi diri dan berazam lagi nak buat yang terbaik dalam SPM. dapat result SPM teruk, pastu aku janji dengan diri sendiri nak berubah, nak tambah rajin untuk matrik nanti. tapi mase matrik main tak ingat dunia, pastuu melalak tengok result sendiri. hehe. so, masuk UPM nie, aku macam biasa laa, berazam dan terus berazam nak rajin laa, nak buat note, fokus dalam kelas, tak mau ponteng-ponteng laa untuk sem 1. tapi lepas tuu azam tinggal azam jer. dan nie nak masuk sem 2, aku masih teruskan tradisi lapuk aku tuu untuk berazam, berazam, dan terus berazam. muahahahaha.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."
setakat nie aku rasa azam aku tak pernah menjadi. banyak halangan duniawi. haha. so, korang-korang nie, jangan ikut perangai aku yang tak semenggah tu tau. jangan hangat-hangat tahi kucing jer tapi jadikan azam mu sehangat asmara. ehh ? okay fine tak lawak :( bila dah berazam, buat betul-betul yaa. jangan mula-mula semangat, last-last semangat semua dah hilang ntah ke mana. berazam tuu boleh, tak salah, tapi realisasikan laa. orait ?? plan betul-betul, usaha dan bertawakal sebab tuu kunci kejayaaan :)
"apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH- Ali imran : 159"p/s : nak jadi blogger hebat dan disukai ramai ?? jomm terjah 10 tips untuk blogger baru :)

AZAM SEHANGAT ASMARA ??


