Showing posts with label jangan. Show all posts
Showing posts with label jangan. Show all posts

Feb 8, 2013

SETIA HUJUNG NYAWA MENGALAKKAN TERLANJUR

ASSALAMUALAIKUM :D

korang peminat setia drama"setia hujung nyawa"?? err aku memang tak layan drama nie. entah tak tau kenape. maybe sebab waktu clash dengan cerita korea aku. hehe. patutnya boleh jer nak download or tengok kat tonton tapi aku macam tak berminat lagi nak tengok. mungkin nanti kot. hehe. semalam dah last eh cerita. sebab kecoh kat twitter :p aku nie memang kaki novel. so, novel setia hingga hujung nyawa tuu dah aku khatamkan setahun yang lepas (guna baucer 2012). hehe. so maybe sebab aku tau dah ending novel tuu. aku tak berminat nak menengoknya. tapi tapi ada cakap cerita tuu sweet ehh ?? *mesti tengok nie !!



tadi aku ada laa bukak facebook nie. scroll bawah, bawah, bawah dah bawah. aku jumpe ramai yang shared mende nie =,=

err aku tak tau apa motif perempuan tu update status nie. mana perasaan malu tu cik kak oii ?? aku tak rasa penulis novel, penerbit or pengarah drama tu yang salah. tapi diri sendiri. mana semua ilmu yang kau belajar dulu ?? tak fikir perasan mak ayah ke ?? drama tu sekadar untuk memberi semangat dan keinsafan kepada orang yang berdosa, bukan memberi inspiransi untuk terlanjur bagai. fikir dulu sebelum nak post status kat fb, nak tweet or nak buat entri. jangan memalukan diri sendiri !! aku pun bukan layak nak tegur-tegur semua nie, tapi tak salah kan kalau nak bagi nasihat. adiosss :D
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Feb 6, 2013

AMALAN SETANNIROJJIMM !!!

ASSALAMUALAIKUM :D

err, betul ke ejaan aku nie ?? haha. aku nie dah macam  ustazah dah duk amalan setan kemain. tapi tuu lah ayat feveret adek aku nie. si aqiff nie baru darjah 1. means 7 tahun laa. tuu kena bagitau gak ehh ?? haha. tapi tiap kali aku buat perkara tak elok, mesti ayat tuu akan keluar. err bukan aku smackdown dia, tak bagi dia makan ke apa. alaa benda kechik-kechik jerr. untuk makluman, aku kakak penyayang yaa. ehh ??

"haa along kuku panjang, amalan setan"

"haa along makan sambil cakap, amalan setan"

"haa along jelir, amalan setan"

"haa along tak bace doa, amalan setan"

*ayat nie dah ditranslatekan dari ayat kelate ---> ayat yang mudah korang nak faham ;)

aku tak tau apa motif letak gambar dia yang nie. maybe sebab sesuai dengan entri yang aku nak sampaikan . hohoho

yang aku tak puas hati tuu, dia pun lebih kurang aku jer. tapi sesuka hati nak bagi aku amalan setan bagai. haha. tapi sebenarnya apa aku nak sampaikan ialah even orang tuu lebih muda dari korang, dan mungkin dia lebih buruk perangainya dari korang tapi kalau dia bagi nasihat yang berguna, apa salahnya ambik sebagai teladan. faham ?? tapi aku kalau adek aku yang bagi nasihat aku buat pekak jer. muahahahaha :D




DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Feb 3, 2013

JANGAN PERCAYA CAKAP ORANG TUA ??

ASSALAMUALAIKUM :D

amboi kemain tajuk aku. kononnya nak buat kontroversi lettew :pp haha. tapi korang percaya ke idok cakap orang tua ?? maksud aku, orang tua tuu bukan mak ayah tapi orang dulu-dulu. alaaa orang dulu-dulu nie banyak pantang larangnya. kadang-kadang ada yang tak relevan dah untuk zaman sekarang nie. setengah orang ada yang masih percaya, dan maybe ada gak tak tau langsung pasal pantang larang nie. so, jom kita tengok pantang orang dulu-dulu dan relevannya ;)



JANGAN POTONG KUKU WAKTU MALAM, NANTI PENDEK UMUR

aku rasa memang korang semua tau yang nie kan ?? sebenarnya orang dulu-dulu nie potong kuku pakai blade, lepas tuu diorang mana ade malam terang benderang macam kita sekarang, pakai pelita jer. so, diorang takut terluka laa kita nanti. tuu laa sebab kita dilarang potong kuku waktu malam. tapi oleh sebab kita nie Islam, potonglah kuku hari jumaat, isnin, dan khamis. tapi lebih afdal jumaat. aku rasa dalam Islam, tak spesifik waktu apa yang boleh dan tak boleh potong kuku.

JANGAN DUDUK ATAS BANTAL, NANTI NAIK BISUL

err, yang nie memang feveret aku langgar pantang nie. haha. tapi tak elok tau sebab bantal tuu kita letak kat kepala, kira hormat laa. lagi satu, aku ada baca majalah tu *tak ingat name ape, sebenarnya kita tak leh duduk atas bantal sebab dulu-dulu nak buat bantal nie susah, diorang letak kekabu. lantai rumah diorang pulak kebanyakan kayu tuu tak diketamkan. err, betul ke ayat aku.  maksud aku lantai tuu tak licin laa, budak-budak dulu suka naik atas bantal buat macam naik kuda gituu, jadi orang-orang tua jadikan nie sebagai pantang larang supaya bantal tak terkeluar kekabu dalam tuu.

 JANGAN MENYANYI DI DAPUR, NANTI DAPAT SUAMI TUA

aku bajet semua perempuan selalu buat macam nie kann ?? kecuali aku sebab jarang ke dapur. eh ?? haha. sebenarnya orang dulu-dulu nie masak guna kayu api, so kalau kita duk nyanyi, kita hilang fokus so masakan kita akan hangus youuu :) anak dara kan  takut nak kahwin dengan orang tua, so orang dulu-dulu nie ugut mereka dengan cara nie. kreatif kan orang dulu-dulu nie ?? pandai diorang ugut-ugut nie yaa. haha. jangan percaya okay,  sebab jodoh tuu ALLAH dah tentukan sejak kita dalam perut mak lagi :D

JANGAN MAKAN BERALIH TEMPAT, NANTI KAHWIN RAMAI

amboi mesti lelaki suka sangat makan beralih tempat, sebab tuu kahwin 4 !! gatal oii. muahahaha. aku rasa sampai sekarang aku still lagi dengar pantang nie. aku suka sangat makan tukar-tukar tempat dulu, pastu mesti ramai tegur nanti kahwin ramai. aku rasa kalau 40 orang cakap cam tuu dekat aku, ada masin mulut tuu. haha. auwww ;) sebenarnya kalau beralih tempat jadi bersepah laa makan, lagipun tak manis laa sekejap makan sini, lepas tuu nak makan sana pulak. macam tak menghormati rezeki.

*****************************************************************

sebenarnya banyak lagi pantang-larang melayu. tapi korang kena ingat yang semua nie sebenarnya nak membentuk kita jadi orang yang lebih beradab, sopan dan sentiasa berdisplin. mungkin cara mereka menyampaikan nampak kasar sebab seolah mengugut kita tapi itulah cara untuk buat anak-anak jadi takut dan mengikut perintah. semuanya memang banyak memberi kebaikan.

tapi dalam Islam, kita perlu tau semua pantang larang nie boleh diamalkan sekiranya tidak bercanggah dalam Al-Quran dan As-Sunnah. ingat seseorang tuu akan menjadi khurafat kalau kita  percaya apabila kita melanggar pantang larangan sesuatu, kita akan terkena musibah atau pun sial.


“Katakanlah; tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah”. (an-Naml: 65) 

DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee