Aug 9, 2012

PEKERJA DAN SYILING :)

ASSALAMUALAIKUM :)

cerita di bawah nie anis copy and paste jer dari group matrik anis dulu. tak salahkan kalau share perkara yang bermanfaat :DD



TINGG

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

...
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Allah menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. wallahualam :')

DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

16 725 budak kiut buat kecoh:

rAIHan said... []

nice sharing dear..moga2 kita sedar sebelum terlambat. :)

aNiss :):) said... []

@rAIHan thanks dear, insyaALLAH :')

Nur Syahirah Hainan said... []

nice sharing...ingatilah maha esa sekerapnye....sebelum tlambat...

jom jejelan blog syi..=)
http://syisyimisi.blogspot.com/2012/08/goggle-game-mmg-best-larh.html

Haryati Faizal said... []

tq share ye...memang bermanfaat sgt...

Akhelaken said... []

nice sharing! Owh masuk matrik ke dulu?

Cinta Misteri said... []

Nice sharing.. Cerita2 begini baik utk prkembangan ank2 mengenal tuhan mereka

SaddLone said... []

lahh..aku baru baca cerita ni..kan bila sumone dah dpr musibah bru ingat Dia..tak kata kau, aku pun sama ! :(

danish nasir said... []

cerita yang menarik , moga-moga kita semua akan dekat dan dirahmati oleh allah swt..

buatbest said... []

yela..sekali2 kena juga dongak atas..

miZz_nizZ said... []

cerita ini penuh mkna..thank coz share!hee

Cendol said... []

wow nice lah!suke cite ni.haah kan betul.bila kita sng jrg2 yg bersyukur.bile susah,sakit baru cari Allah

♥ sitifarhana ♥ said... []

betul..kdg2,bila dpt ssuatu,kita agp tu sbg usaha kita atau kebetulan.tp sebalikny kita lupe yg segalany dtg ats izin ALLAH..

syukur atas nikmat yg maha esa..

Fian Syauqi said... []

good, semua rezki yang datang kepada kita adalah dari Allah, .
nice share & salam kenal :)

Ein said... []

wahhh anis! this is a very good story to share... may i copy this in my blog? :)

thanks.

aNiss :):) said... []

@Ein boleh boleh. sharing is caring kan :DD