Jan 28, 2013

DO YOU BELIEVE IN KARMA ??

ASSALAMUALAIKUM :)

hai semua !! sihat ?? aku kalau nak buat intro entri memang fail ! hehe. aku rasa macam comel jew tajuk entri aku dalam english youuu :) abaikan kalau ada grammar mistake or whatsoever yaw !! adakah anda percaya dengan karma ?? katakan TIDAK pada karma if kau, kau dan kau adalah orang islam. dulu aku yang jahil nie sangat percaya karma. sebab bagi aku maksud karma tu adalah perbuatan baik dibalas baik, perbuatan jahat dibalas jahat.

hari tu, dah lame sebenarnya aku ada tanya roomate pasal karma nie. dia percaya tak tentang karma apa bagai nie dan dia cakap sebagai islam tak baik percaya karma. aku macam ehh betul ke idok nie ?? lepas jew google pasal nie barulah aku faham istilah sebenar karma nie. korang tau tak apa tu karma ?? karma itu bukan macam buah kurma yaw !! hehe. *okay tak lawak :(



apa yang aku faham karma nie dalam agama Hindu Buddha. kalau buat baik, akan terlepas dalam kelahiran semula dan akan bersatu dengan Tuhan. peringkat nie dipanggil Nirwana. dan kalau buat jahat macam rompak, curi, rogol, bunuh dan sebagainya akan dibalas kejahatan di dunia. contohnya diri sendiri yang akan dibunuh, or accident lepas tu mati. dan kalau tak dibalas didunia, seseorang tu akan dilahirkan semula dalam keadaan binatang yang hina. macam anjing, khinzir dan sebagainya. *kalau aku salah tolong betulkan :)

sebagai orang islam, kita wajib menolak kepercayaan tentang karma. ini kerana dah jelas dalam islam tiada kelahiran semula seperti yang difahamkan dalam hukum karma. tetapi dalam islam, KIFARAH adalah hukuman ALLAH sebagai balasan dan akan menghapuskan dosa-dosanya yang lalu sekiranya dia sabar menerima dugaan itu. dugaan tersebut seperti kehilangan orang-orang tersayang, jatuh sakit, muflis dan sebagainya.
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn) 
so aku rasa jelaslah yang karma memang tiada dalam islam. kita dah ada rukun islam dan iman untuk dipercayai dan dituruti. kenapa perlu untuk percaya hukum agama lain ??
DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

8 725 budak kiut buat kecoh:

Nurul@km@l said... []

Islam the best way of life.. :)

Fatimah Nabila said... []

ow..bawu paham mksud karma yg sebetoinya..

Plug Mapuh said... []

dats rite :)
nice input..
kawe xdop input ag ni,aiyooo..haha

Sabella Mohamad said... []

haa bella pun pernah gak percaya karma ni . masa tu ingatkan karma ni macam 'what goes around , comes around' . lepas tu tahu yg karma ni takde dalam islam . btw , thanks sharing kak . ramai lagi yg masih jahil tentang ni

Cendol said... []

anisssss!!!!!!!!!!apa kabar!??rindu nak menjejak ke siniiii...
btw,nice entry!btol tu karma tu kepercayaan hindu.ada dalam buku teks sejarah sekolah menengah kan..hehe
sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang dan penentu :D

Unknown said... []

stiap agama ad kepercayaannya...kita ISLAM jgn la percaya pada kepercayaan agam lain..ISLAM itu indah...

shar90 said... []

caye kat qada' dan qadar sudah... hee ^^

ANISRAHIM said... []

Susah jgk nak ckp anis, sbb kalau x silap, mmg ade disebut2 pasal karma, kalau sy x silap la. Sy x abik istilah karma yg dikatakan ni sbg hindu buddha, mungkin tgk pd cara pemikiran kita dan cara penerimaan kita tentang maksud karma sendiri, bg sy sendiri, karma ni bermaksud, kalau kita buat baik dibalas baik, dan begitulah sebaliknya, xde kaitan dgn hindu. COntohnya kalau kita derhaka pd mak ayah kiter, anak kiter pon akan buat perkara yg sama pd kita suatu ari nanti. Dan apa yang berlaku kat dunia ni, x semua boleh dilabel sbg karma. Sbb susah sy ckp susah nk jelaskan :)