Mar 7, 2015

Makan-makan di B.bap Korean Food NU Sentral !

ASSALAMUALAIKUM..

Annyeonghaseyo. Ehh fefeling korea gituuu. So semalam aku dengan 2 lagi member aku saje jelah nak keluar cuci-cuci mata sebab dah lama mereput kat bilik ni. Huhu. So sebelum keluar tu kemain laa google makanan best kat NU Sentral. Jumpe laa name kedai B.bap Korean Food ni.

Seriously aku ni jenis minat giler tengok korean drama, variety show tuu so keinginan nak makan korean food memang membuak-buak sampai nak tido pun teringat-ingat. Hahaha.

Haa kalau nak tau restaurant ni sebenarnya agak susah nak cari sebab pintu masuk dia luar dari NU sentral ni walaupun restaurant ni dalam bangunan NU Sentral. Errr faham?

Nak mudahkan korang cari je direktori kat sana. Lot restaurant ni GF-08. Nanti korang nampak hujung sekali ade starbuck pastu korang keluar dekat pintu sana dan belok kiri.

menu

Serious banyak pilihan kat sini. Macam nak order semua. Rambang mata oiii. Tapi duit pun tak setebal mana, Hmm kena behave tahan nafsu kawal iman heee :)

Ohh yaa kat sini kite order tulis kod kat kertas order atas meja pastu panggil waiter tu. Ni paling aku suka sebab aku ni jenis suka tengok menu lama-lama sebab aku kecelaruan identiti nak pilih makanan apee huwaaaaaaa T.T

Dah order siap-siap, kononnya nak snap gambar menu yang dalam tu. Tapi waiter dah awal-awal ambik. Nak mintak balik segan. Haishhhhh. So snap gambar sendiri laa. Huhu.


umi, aku dan dotdotdot
min dan dotdotdot
Servis sini memang cepat. So takdelaa nak mati kebuluran kat sini :P

aloe vera juice (RM 4.90), watermelon juice (RM5.90),  korean plum tea (RM4.90)
Air aloe vera yang aku order tu pun best manis-manis tapi bukan manis gula. Gituuuuu ;) Korean plum tea pun best rasa plum laa. Huhu.


side dish : beans sprout, pickled radish, kimchi
Side dish tu, bagi aku kimchi jelaaa kurenggg sedap, kuat sangat kot rasa serbuk cili tu pastu tak manis:(  Tapi radish feverettttttt!! Kimbap bawah nie pun best macam-macam lagi jenis lagi kimbap yang ade. Seingat aku, original, tuna, chicken dan lain-lain.


beef kimbap (RM 9.50)

octopus bibimbap
Octopus dol sot bibimbap, seaweed soup yang aku punyaaaa!! * main dish kasi gambar besar!*  (RM19.00)



Beef dol sot bibimbap, seaweed soup memang sekali yee dalam set ni. *min punyaaaa* (RM18.00)



Yuk Gae Jang. Ala-ala beef stew kot. *umi punyaaaa* (RM 18.50)


First time try bibimbap, terus bedebukkk jatuh hati alahaiii. Sedap kot even tak pedas langsung. Hahaha. Yuk Gae Jang umi bagi aku kurengg cket. Rasa beef kuat sangat stew tu. Tapi umi ngap sampai licin je sebab terpaksa umi cakap. Lapar mungkin? :P

Bibimbap selepas digaul mesra :)


p/s : try DOL SOT BIBIMBAP yeeeeeee . Pasti puas hati ^_^


Annyeong!




DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee

Mar 2, 2015

KAWAN!

Haiii.

Pernah tak korang rase rindu dengan zaman lame yang memang mustahil dah nak kembali balik? Dan ko harap ko dapat pusing balik masa dan nikmati saat itu. Yaaa itu yang aku rasa sekarang. Rindu.

Dalam2 banyak kenangan serious aku paling rindu zaman matrik. Mase tu aku dapat tau erti kawan sebenarnya. Ok foineee skema ayat aku. Huhu 😂

Kalu dulu awal2 kat matrik aku rindu zaman asrama kat sekolah aku sampai aku tak hargai time best kat matrik tu. Yeahh manusia. Bile dah takde baru rindu baru tercari-cari. Dah ade depan mata tak hiraukan.

Appreciate dan nikmati laa saat-saat sekarang. Kerana saat itu laa yang akan menjadi kenangan yang boleh buat kita tersenyum pada masa akan datang 😁

Tak perlu kawan beribu untuk beri kita kegembiraan. Cukuplah beberapa teman yang setia dan meyayangi kita seikhlas hati.

Ohhh aku rindu ko, sahabat...

Annyeong!


DAH HABIS BACA? jomm komen :) Byeee